Saturday, April 3, 2010

Aktiviti Tahunan Persatuan Pendidikan Islam SMK Segambut Jaya, KL Tahun 2010

Assalamualaikum.

Aktiviti tahunan merupakan kunci bagi setiap unit persatuan yang telah ditubuhkan. Tanpa perancangan aktiviti yang baik, sesebuah persatuan itu mungkin berhadapan dengan pelbagai masalah. Sehubungan dengan itu, post kali ini akan memaparkan aktiviti yang akan dianjurkan oleh Persatuan Pendidikan Islam SMK Segambut Jaya.

Mesyuarat Agung
Buletin Persatuan
Sudut Info Persatuan
Buku Skrap
Gotong-Royong
Sukaneka
Lawatan Sambil Belajar
Khidmat Sosial
Perkhemahan Remaja Islam
Pertandingan MTQ
Laman Web Persatuan
Pengurusan Jenazah
Bengkel Masakan dan Gubahan
Pameran Persatuan
Kemaskini Fail Persatuan
Maal Hijrah
Amali Haji
Amali Sembelihan
Tayangan Filem
Aktiviti Jualan
Explorace
Tadarus Al-quran
Jamuan Akhir Tahun


Diharapkan agar semua warga sekolah dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang akan dijalankan. Sekian sahaja, Assalamualaikum.

Thursday, March 4, 2010

Ahlan Wasahlan !

Assalamualaikum.




Selamat datang kepada anda yang sedang melayari laman blog Persatuan Pendidikan Islam SMK Segambut Jaya, Kuala Lumpur.

Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, pihak persatuan telah mengambil kesempatan untuk menggunakan blog sebagai wadah untuk merapatkan jurang ukhwah kepada warga sekolah. Selain daripada itu, blog ini juga akan memaparkan segala aktiviti yang telah dianjurkan oleh Persatuan Pendidikan Islam. Justeru itu, pihak persatuan amat berbesar hati dan berharap agar warga sekolah dapat melibatkan diri serta memberi kerjasama dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Sekian sahaja, Assalamualaikum.